Gambar Kenangan

Gambar Kenangan
Kami yang ceria

Khamis, 23 April 2009

Fwd: FOTO & ARTIKEL SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI di INSTITUSI RUMAH WARGA TUA AIR PANAS,TAWAU

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17hb Oktober 2008 di Institusi Rumah Warga Tua, Jalan Air Panas Tawau diceriakan lagi dengan kehadiran penyanyi & pelakon telemovie SKYLINE Clarice John Matha, Juara BB IDOL Abdul Kamis Sainali, Mohd Sain Bidie@ SRK (Suara Bollywood), Elly Werlis, Adam (AREA18) Sharleen Niesha Balbir dan Herman SR Dangdut.

Persembahan hiburan dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Raya oleh ahli-ahli Kelab Peminat Setia Tawau.FM (KPS)
juga selingan tarian oleh Gemalai Tari pimpinan Koreografer Mamin Kolian. Majlis yang diacarakan oleh Pengacara hiburan popular Marlin Malalin turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Encik MOHD. NOOR WAHAB selaku wakil Pengarah dan para pegawai Jabatan Kebajikan Daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Turut hadir penguasa Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella, wakil Jabatan Penjara, PGA, Lembaga Pelawat RWT Air Panas dan Persatuan Selawat KHAIRUNISSA Tawau.

Penguasa Institusi Rumah Wargatua Air Panas Tawau, Encik Mohd. Taufiq Leong merasa terharu dengan pengisian acara hiburan selama dua jam yang dikelolakan oleh Encik Jamil Aziz dari SUMBER KARYA SENI penganjur acara yang begitu aktif di pantai timur Sabah, kerana semua pertunjukkan dan persembahan adalah berbentuk amal dan sukarela dari mereka-mereka yang terbabit membuat pementasan. Persembahan diakhiri dengan instrumental lagu Seloka Hari Raya, Lagu-lagu Rampaian dan Sayang Kinabalu oleh Orkestra Bamboo D TUTUNIONS pimpinan Patrick Kajun.

Fwd: MESYUARAT AGUNG KPS (KELAB PEMINAT SETIA) TAWAU FM

Mesyuarat Agung Kelab Peminat Setia (KPS) Tawau FM telah berlangsung di bilik mesyuarat Kak Midah Cafe jam 2 petang pada 15 Februari 2009. Mesyuarat dimulakan dengan :
 
1.Ucapan Pengerusi (Nursani Toe, Presiden KPS penggal 2007-2008).
2.Ucapan Pengawal Penyiaran Tawau FM (Encik Wan Azhan Hj. Wan Hamat).
3.Ucapan Penyelaras/Penasihat KPS (DJ Sugiman Rafai dan Dj Ramlah Othman).
4.Pembentangan Unit/Biro KPS oleh Setiausaha penggal 2007-2008 Puan Emilia Nasir.
5.Pembubaran AJK 2007-2008.
6.Perlantikan AJK 2009-2010.
7.Perancangan Aktiviti.
8.Hal-hal Lain.
 
Perlantikan AJK KPS penggal 2009-2010 adalah seperti berikut,
 
PRESIDEN                 : DJ SUGIMAN RAFAI (SEMENTARA)
TIMB. PRESIDEN       :  DJ RAMLAH OTHMAN
SETIAUSAHA             : EMILIA NASIR 
PEN. SETIAUSAHA    : SAHARIA TAKING
BENDAHARI               : MARY MIDAH ABDULLAH
 
AJK PENYELARAS 
 
SUKAN                    :  MOHD. AZRIN ISMAIL / CIK ZEE
 
KEBUDAYAAN           : AMINAH PARO / JAMIL AZIZ
 
IT & DOKUMENTASI   : ABD. RAHIM ASBAH / MUHAMMAD ADAM JAMIL
 
KEBAJIKAN               : NURSANI TOE / MOHD FAUZIE
 
KESELAMATAN          : AMIR AZIZ / R. SUWARNO SARIDI
 
PENGANGKUTAN         : MARYNELLY KALBI / MAZLAN ABD. RAHMAN
 
 
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipangku  oleh DJ Sugiman dan DJ Ramlah selama 6 bulan bermula dari tarikh ini. Dalam mesyuarat ini juga Pengawal Penyiaran Tawau FM dan penyelaras KPS telah menggesa agar ahli-ahli Pendengar Setia MYFRIENDS yang dijemput hadir ke mesyuarat itu untuk bergabung dengan KPS Tawau FM dan cadangan diterima baik oleh kedua-dua pihak. Dengan persetujuan itu satu logo baru akan dicipta dan dibuka kepada semua untuk menghasilkannya.
 
Aktiviti yang melibatkan ahli-ahli KPS seterusnya adalah pada 23 Februari 2009 meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Acara Rumah Warga Tua Air Panas Tawau. Dan pada 28 Februari 2009 Pertandingan Akhir Realiti Pilihan Tawau FM dan Pertandingan Akhir Bintang Bakat Cilik di Dewan Masyarakat Tawau.                                                                 


Fwd: SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2009 di RWT bersama residen SUMBER KARYA SENI & KPS Tawau FM

Sumber Karya Seni dan Kelab Peminat Setia (KPS) Tawau FM telah membuat pengisian acara hiburan sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2009 Rumah Warga Tua Air Panas Tawau dan Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella Tawau pada 23 Februari ( Isnin 10 pagi) yang dirasmikan oleh Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Sabah yang berlangsung di Dewan Acara Institusi RWT Tawau.
 
Acara hiburan bermula sebaik sahaja persembahan kuair oleh jururawat-jururawat pelatih MASTERSKILL COLLEGE of NURSING & HEALTH Kota Kinabalu dibawah pimpinan Clinical Instructor (C.I) mereka Puan SURIATI TOBIAS dan Cik BIBI NURERNAWATI BTE ALI AZAM mengakhiri majlis rasmi dan telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian Kamis Sainali ( Juara BB IDOL), Adam (AREA 18), Sain Bidie ( SUARA BOLLYWOOD) dan persembahan tarian Zapin oleh ahli-ahli KPS Tawau FM yang diacarakan oleh Marlin Malalin.
 
Sebelum jamuan makan dan hiburan dimulakan, Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun telah menyampaikan 'Ang Pau' kepada para penghuni Rumah Warga Tua , penghuni Taman Didikan Sri Stella serta kepada penghuni Anak-anak Yatim Ar-Roudhoh Tawau.
 
Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Encik Mohd Noor Wahab yang mewakili Pengarah, dan Wakil Rakyat Tanjung Batu Datuk Hajah Hamisah Samat.
 
Acara diakhiri dengan tarian beramai-ramai Igal-igal lagu Lolay Liyangkit nyanyian Kamis Sainali.

Fwd: Tawau Fm @ Lokasi GIANT 7 Februari 2009- Tabung GAZA, Showcase Prelude Realiti TAWAU FM, Bintang Cilik TAWAU FM & Sukanneka

Stesen Radio TAWAU FM membuka tirai pada tahun ini dengan mengadakan program luar studionya di tapak letak kereta gedung membeli-belah terkenal GIANT.

Antara pengisian yang dibuat adalah mengumpul sumbagan amal untuk tabung GAZA, showcase prelude realiti Realiti Tawau FM , Bintang Bakat Cilik Tawau Fm yang diacarakan oleh pengacara hiburan popular Marlin Malalin. Antara finalis Realiti Tawau FM adalah ROSNANI LAJABU, M.SAZALI NASRUN, SAZLIN RAMLEE, SHABARUDIN MAIDIN, MASNI AMBRAN manakala finalis Bintang Bakat Cilik adalah IBRAMSHAH IBRAHIM, NURUL SHAHIRAH JAPAR, FATLAN AZRAM JAMIL, SH. NORMEHRAN SY. SALIPUDDIN, DANIEL CHUER.

Antara aktiviti permainan adalah Hula-hop, Limbo Rock, Pakaian Beragam, Anak Menyolek Ibu, Musical Chair, Rembat dan menang, Cari dan menang, Bowling kelapa, Baling Selipar dan Tarian Poco-poco serta Senamrobik yang dikendalikan oleh Dj -Dj stesen Radio Tawau FM Dj Normah, Dj Saat, Dj Akhiey, Dj Fauziah, Dj Azian, Dj Sugiman dan Dj Ramlah.

Acara yang bermula sejak pukul 10 pagi turut dihadiri oleh Pengawal Penyiaran Tawau FM Encik Wan Azhan Hj. Wan Hamat diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli KPS (Kelab Peminat Setia) Tawau Fm dan kumpulan pendengar setia MYFRIENDS.

Para pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan GIANT IDOL dan meneka harga hamper yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik sumbangan GIANT. Seramai 2000 orang awam telah membanjiri tapak tersebut yang berakhir pada pukul 11 malam.


Fwd: Lanjutan Foto Showcase Tawau FM bersama GIANT