Gambar Kenangan

Gambar Kenangan
Kami yang ceria

Khamis, 23 April 2009

Fwd: FOTO & ARTIKEL SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI di INSTITUSI RUMAH WARGA TUA AIR PANAS,TAWAU

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17hb Oktober 2008 di Institusi Rumah Warga Tua, Jalan Air Panas Tawau diceriakan lagi dengan kehadiran penyanyi & pelakon telemovie SKYLINE Clarice John Matha, Juara BB IDOL Abdul Kamis Sainali, Mohd Sain Bidie@ SRK (Suara Bollywood), Elly Werlis, Adam (AREA18) Sharleen Niesha Balbir dan Herman SR Dangdut.

Persembahan hiburan dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Raya oleh ahli-ahli Kelab Peminat Setia Tawau.FM (KPS)
juga selingan tarian oleh Gemalai Tari pimpinan Koreografer Mamin Kolian. Majlis yang diacarakan oleh Pengacara hiburan popular Marlin Malalin turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Encik MOHD. NOOR WAHAB selaku wakil Pengarah dan para pegawai Jabatan Kebajikan Daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Turut hadir penguasa Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella, wakil Jabatan Penjara, PGA, Lembaga Pelawat RWT Air Panas dan Persatuan Selawat KHAIRUNISSA Tawau.

Penguasa Institusi Rumah Wargatua Air Panas Tawau, Encik Mohd. Taufiq Leong merasa terharu dengan pengisian acara hiburan selama dua jam yang dikelolakan oleh Encik Jamil Aziz dari SUMBER KARYA SENI penganjur acara yang begitu aktif di pantai timur Sabah, kerana semua pertunjukkan dan persembahan adalah berbentuk amal dan sukarela dari mereka-mereka yang terbabit membuat pementasan. Persembahan diakhiri dengan instrumental lagu Seloka Hari Raya, Lagu-lagu Rampaian dan Sayang Kinabalu oleh Orkestra Bamboo D TUTUNIONS pimpinan Patrick Kajun.