Gambar Kenangan

Gambar Kenangan
Kami yang ceria

Khamis, 23 April 2009

Regatta Lepa 09' Part 1

Persembahan Program Merakyatkan Seni Budaya Regatta Lepa 2009 berlangsung pada 18 April (Sabtu), masa 8.00 malam hingga 10.30 malam bertempat di Padang Daerah Semporna.


Majlis Pelancaran Program Regatta Lepa 2009 di sempurnakan oleh TYT Yang Di Pertuan Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah bin Abdullah bersama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah bte Awang Japar dan TYT Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abg Hj. Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah diiringi oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dan Datin Seri, Timbalan Menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Senator Heng Seai Kie, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan Malaysia serta Datuk Dr. Muzahet bin Masruri dan Datin.

Simbolik perasmian iaitu upacara meletak 7 Tipas-tipas di Replika Lepa secara serentak. Selepas itu Sambulayang Besar keluar dari tengah-tengah rumpunan 'Sky Dance' sambil masuk Artis-artis ke pentas utama menyanyikan lagu Tema Regatta Lepa.

Persembahan hiburan dibuka dengan sebuah Tarida (Tari dan Drama) cerita rakyat Semporna "Salamiah" oleh penari-penari kumpulan kesenian Jabatan dan Lembaga Kebudayaan Sabah, diiringi lagu Tandawan Salamiah dan Sampulna Kalasahan oleh Dyana artis sulung Jazz Production.

Majlis di gempakkan lagi oleh persembahan Juara Bajau Idol 07' Kamis Sainali dengan penari latarnya kumpulan Sumayang Galura dengan lagu hitsnya Lolay Liangkit, diikuti dengan sketsa Perkasakan Perpaduan bersama penghibur Helmi Gimik yang turut menyanyikan lagu Sampaikanlah Salam dan Sanggam.

Tarian Bolok-bolok gabungan kumpulan tari Petras, Perintis, Arung Sabah,Arung Halilah, Mayang Suria dan Sulimbag Jawtee dibawah pimpinan keograper tarian Amirul Abdul telah mengindahkan lagi warna persembahan pentas malam itu.

Adibah Noor muncul dengan lagu Kau Yang Teristimewa di iringi penari-penari cilik, dan Den Bisa dengan lagu Panansang di ikuti tarian Sayau oleh Kelab Kesenian Jabatan dan Lembaga Kebudayaan Sabah.

TYT juga telah memahkotakan Anugerah Ratu Lepa 2009 (sekarang dikenali Ratu Budjang Manis) kepada johan, NORLINDA ROMAN, naib johan, NISBAH ALPAKAH dan ketiga, NURLIANA ISMAIL.

Persembahan penutup lagu Tema Regatta dan lagu Perpaduan Teras Kejayaan oleh semua yang terlibat membuat persembahan pentas termasuk Pengacara Majlis malam itu Rozlan Hussin, DJ Sabah VFM.

Turut hadir di majlis tersebut adalah mantan TYT Sabah Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Hj. Nasir Tun Sakaran, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, Pegawai Daerah Semporna, A.M Ibnu Hj. A.K. Baba, Ketua Polis Daerah DSP Azim Khan Abdullah serta Pegawai Tinggi Kerajaan yang lain.

Acara penutup adalah persembahan Brass Band PDRM dengan lagu Negara Ku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Negeri Sarawak diikuti dengan keberangkatan balik TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah bersama Toh Puan serta TYT Yang di Pertua Negeri Sarawak dan Toh Puan .